Siapa penyampai Seminar 7 hari Sarjana Hartanah?

Salam Sejahtera buat semua,

Dalam post post sebelum ni saya rasa korang dah dapat agak apa yang saya promosi. Ya betul Seminar 7 hari Sarjana Hartanah !.

Korang juga mesti nak tau kan siapakah mereka mereka yang menjadi penyampai untuk Seminar 7 hari ni kan? Hebat sangat ke dioarang ni.

OK  sila ambil perhatian sepenuhnya. Sini saya perkenalkan barisan penceramah yang akan menjadi jurulatih anda sepanjang 7 hari seminar tersebut ...



1. Tuan Faizul Ridzuan

Jika anda sudah agak lama dalam Pelaburan Hartanah ini, tentu beliau ini tidak asing lagi bagi anda. Beliau merupakan penulis buku “WTF? – 23 Properties By 30”. 

Pada tahun 2011, ketika usia beliau 29 tahun, beliau telah berjaya membeli 23 buah rumah dengan jumlah aset sebanyak RM5 juta.





2. Tuan Saufi Karim

Beliau merupakan penulis eBook yang merupakan salah-satu ebook Bestseller di Malaysia iaitu ebook ‘Pelaburan Hartanah Tanpa Modal’. Merupakan pelopor Pelaburan Hartanah TANPA Modal Nombor #1 Malaysia.  

Antara kejayaan beliau adalah selama lebih kurang 3 tahun berkecimpung dalam bidang hartanah berjaya mengumpul Net Worth (Nilai Bersih) RM500,000 TANPA mengeluarkan sebarang modal pun!


3. 3 Orang Speaker Misteri Pelabur Hartanah

Ya, bukan sorang, tapi ada 3 lagi speaker tambahan. Mereka ini telah membeli hampir lebih daripada 50 buah hartanah. Semuanya daripada pengalaman hidup mereka sendiri, bukan sekadar teori di atas papan putih sahaja.


4. 2 Orang Speaker Misteri Pelabur Hartanah Wanita

Mereka berdua ini adalah antara wanita-wanita di Malaysia yang telah berjaya dalam Pelaburan Hartanah. 

Boleh dijadikan suatu inspirasi bagi peserta wanita di seminar ini menunjukkan bahawa, walaupun anda bergelar wanita malah suri rumah pun, anda masih mampu melibatkan diri dalam Pelaburan Hartanah!

Memang hebat bukan barisan para penceramah ini?

Ya, mereka ini semua memang terlibat secara langsung dalam Pelaburan Hartanah kerana mereka sendiri adalah pelabur. 

Bukan hanya sekadar seperti seorang Pensyarah kolej yang mengajar teori semata-mata.

Mereka inilah yang patut anda jadikan sebagai cikgu anda.