SAYA SOKONG JANGAN BELI RUMAH WAHAI ANAK MUDA!! (SIRI-1)


Nak beli atau tak nak beli???
Terpulang kat korang!!

Sepanjang 12tahun saya jadi pelelong, perunding pelaburan dan pelabur hartanah, apa yg saya tgk byk rumah dilelong dan setiap tahun berpuluh ribu hartanah dilelong dan cuba anda pikirrr milik siapa majoriti hartanah yang dilelong?? Bumi or bukan bumiputera?

PIHAK MENANG DAN PIHAK KALAH

Sudah tentu lebih byk hartanah milik bumiputera dilelong, kenapa terjadi situasi begini dan siapa yang untung dalam situasi ini menjadi pihak menang?

LEMAH DAN TIDAK MENGUASAI ILMU
Dalam pengalaman saya pihak yg bijak dan selalu melihat peluang, ambil peluang serta mencipta peluang bagi diri mereka adalah bukan bumiputera! Yes majoriti pembeli dan pelabur adalah bukan bumiputera kerana kita masih lalai leka dan alpa dek kerana kelemahan kita menguasai ILMU untuk celik kewangan dan pelaburan sekaligus menjadikan kita menjadi asing dan ketinggalan di bumi sendiri.

BERIMPIAN DAN MELIHAT DENGAN MATA DAN HATI TERTUTUP
Jangan salahkan mereka yang bijak dan berusaha serta rebut peluang yang ada kerana mereka melihat dunia dengan mata terbuka manakala kita masih melihat dgn mata tertutup maksudnya berimpian dengan mata tertutup umpama bermimpi dalam tidur.

BODOH SOMBONG & TIDAK DALAMI ILMU DAN MELEPASKAN PELUANG DEPAN MATA
Kesian bila melihat bangsa sendiri mendabik dada menganggap bijak dan sentiasa mencari kesalahan org lain dan membiarkan peluang didepan mata berlalu begitu saja, sering mengikut kata orang, suka dengar khabar angin dan melihat sesuatu perkara dan ilmu hanya dari satu sudut dan sumber tanpa mengkaji dan mendalami ILMU dan perkara tersebut.

GENASI TIDAK MAMPU ( YG MAMPU MILIK PUN HANYA MAMPU TGK)  &  GENARASI MENGEMIS
Jika nak melihat generasi akan dtg lebih susah dan mengemis ditanah kelahiran sendiri korang boleh tggu jer dan lihat jangan beli rumah, percayalah kalau dah generasi zaman sekarang yang korang pun susah nak beli dan tidak mampu just bayang nasib anak cucu kita akan datang.

MENYEWA TAPI TIDAK MERANCANG
Boleh bagitau saya rate sewa dibandar KL, sewa bilik pun dan mahal, saya sendiri melihat beberapa situasi penyewa malah rakan saya tidak mampu bayar sewa bilik dan sewa rumah, terpaksa berpindah randah bila owner nak rumah, sewa dinaikkan, dihalau, rumah dikunci dan jangan terkejut ada yang sampai barang2 dlm rumah disita. Perlu buat perancangan memiliki harta sendiri walau menyewa.

HARGA HARTANAH MAKIN MAHAL DAN SENTIASA NAIK
Sejak 12tahun lebih terlibat dalam bidang hartanah dan lelongan saya belum melihat situasi diMalaysia harga rumah turun, makin lama makin naik dan sampai, hartanah di Malaysia masih terkawal dari banyak aspek dan atas tindakan beberapa kawalan syarat dan pinjaman.

PEMILIKAN OLEH WARGA ASING
Warga asing mengambil peluang dalam milikan hartanah diMalaysia dengan semasa syarat FIC (Foreign Investment Committee) rendah dari RM150K naik ke RM250K, naik RM500K dan sekarang RM1Juta. Keadaan ini masih membuka peluang kepada warga asing yang kini giat menjalankan perniagaan di Malaysia dan mereka layak kerana kekukuhan kewangan dan perniagaan mereka. Ada juga yang beli cash situasi ni sekiranya berterusan anda akan lihat suatu masa nanti generasi akan datang tinggal menyewa dari mereka kerana tidak mampu lagi milki hartanah. Lihat dibeberapa negara maju seperti Amerika, UK dan lain.

Faham tak ker ni?? Ada lagi sambungan tunggu SIRI 2!!

Apa pandangan anda?

Sila kongsi jika bermanfaat.

#MohdAliMajis

sumber artikel dari fb Mohd Ali Majis