Tips Beli Hartanah dapat pulangan Tunai cepat

TIPS BAJET MEMBELI RUMAH + DAPAT PULANGAN TUNAI DENGAN CEPAT
====================================

1. Semak had kelayakan pinjaman kepada mana-mana bank.

√ Contoh layak membeli rumah berharga RM300,000 maksimum.

√ Contoh target membeli rumah berharga RM300,000

√ Deposit 10% x RM300,000=
RM30,000 Wang Pendahuluan.

√ 3-5% Kos Guaman Dari Harga Rumah.

√ Kos Kesuluruhan 15% x RM300,000= RM45,000 wajib ada.

2. Dalam kes ini, sekiranya dalam simpanan hanya ada RM10,000 sahaja, perlu menambahkan lagi sejumlah RM35,000

3. Bagi mendapatkan tunai lebihan atau modal, salah satu cara adalah MARK UP LOAN dari harga rumah yang hendak dibeli.

4. Survey iklan jual rumah di bawah harga pasaran. (Minta bantuan Ejen Hartanah / Banker atau Valuer untuk rujukan).

√ Contoh kes ini harga pasaran sesuatu rumah tersebut RM300,000

√ Harga pemilik asal dalam iklan jual RM260,000

√ Perbezaan jimat + untung RM40,000

5. Set waktu perjumpaan dengan pemilik rumah atau Ejen Hartanah untuk melihat keadaan dalam dan luar rumah.

√ Minta persetujuan pemilik rumah jual untuk Mark Up Loan.

√ Bayar 2-3% sebagai Booking Earnest Deposit kepada ejen atau peguam.

Contoh harga rumah pemilik jual RM260,000 x 3%= RM7,800

6. Lantik Peguam untuk uruskan 2 perjanjian dokumen Akuan. Seperti harga jual beli asal dengan pemilik dan harga mengikut S & P.

7. Lakukan permohonan pinjaman perumahan mana-mana bank mengikut harga yang di Mark Up tadi (RM300,000)

8. Jika lulus, bank akan keluarkan cek bagi memindahkan hasil atau baki bersih kepada penjual.

9. Peguam sebagai Pemegang Amanah akan membahagikan hasil untung bersih harga jual dan harga Mark up.

10. Anda dapat pulangan RM40,000 setelah ditolak dari harga jualan (RM260,000) mengikut harga yang di Mark Up (RM300,000)

11. Jumlah RM40,000 itu boleh dibuat sebagai baki 7% bayaran penuh deposit rumah tersebut

Deposit 10%
√ RM7,800 3% Earnest Deposit (sudah bayar)
√ RM18,200 7% Balance

√ RM40,000 dapat tunai - RM18,200 (7% Baki Wang Pendahuluan)

√ Baki bersih RM21,800

12. Baki bersih RM21,800 itu boleh digunakan untuk bayaran kos guaman atau penyelenggaraan rumah jika perlu.

Buah fikiran daripada group Stalker Hartanah ,Tuan Fai