Tips Loan untuk Pemohon Bekerja Sendiri (Self-Employed) / "Business Owner" / Director

Tips Loan untuk Pemohon Bekerja Sendiri (Self-Employed) / "Business Owner" / Director
++++++++++++++++++++++++++++

Pemohon Self-Employed / Sole-Prop
**********************************
Income Dokumen Yang Di perlukan untuk pemohon "Self-Employed" biasanya ialah :-

1. Certificate of Business Registration (Form A or Form B bersama Form D/ Form E) kecuali pomohon "self-employed"
2. Untuk pemohon "self-employed", bukti perniagaan yang relevan atau "site visit report" oleh bank berkenaan
3. Trading, Profit & Loss Account and Balance Sheet syarikat (kecuali untuk pemohon "self-employed")
4. Borang B dengan pengesahan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
5. Bukti pendapatan yang lain.
6. 6 Bulan Penyata Bank yang terkini (sole proprietor/  partnership / self-employed)

Bank akan cuba untuk mengesahkan status semasa pemohon "self-employed";
i) Punca Pendapatan pemohon (source of income)
ii) Latar belakang atau sejarah perniagaan (business background / business establishment)
iii) alamat perniagaan (business premise) atau majikan (jika ada)

Pemohon "Self-Employed / Partnership" akan dinilai berdasarkan transaksi kepada akaun semasa seperti :-
1. Purata bulanan transaksi sebelah kredit (deposit)
2. Purata bulanan transaksi sebelah debit (pengeluaran)
3. Purata baki hujung bulan akan semasa
4. Kejadian "cek tendang" untuk akaun semasa
5. Aliran wang tunai (net cash flow)

Pemohon "self-employed" biasanya akan dinilai melalui pegangan wang tunai (cash reserve) dan aliran wang tunai yang positif dan baik (positive net cash flow) untuk meyakinkan pihak bank bahawa pemohon mampu untuk membayar hutang pinjaman sepanjang tempoh pinjaman.

Kekuatan simpanan atau pelaburan (yang berbentuk "cash equivalent" juga akan di ambil-kira oleh pihak bank).

Sebagai contoh, pemohon yang tidak mempunyai "payslips" akan di nilai melalui penyata akaun simpanan atau akaun semasa pemohon untuk sesuatu masa (biasanya selama 6 bulan terakhir).

Pemohon akan mempunyai peluang yang yang lebih cerah untuk pinjaman di luluskan jika pemohon mempunyai akaun simpanan tetap (fixed deposit) yang banyak dengan bank tersebut. Ini akan menunjukkan bahawa pemohon mempunyai kekuatan pegangan wang yang tinggi (high cash reserve).

AMARAN!
^^^^^^^^^^
Untuk pemohon "self-employed", jangan sesekali cuba untuk membuat / mereka / memalsukan "payslip" atau "payment voucher" (manufactured income document).

Setiap "payslip" atau "payment voucher" akan di nilai dan di buat rujukan ke atas (atau bersama) dokumen sokongan yang lain seperti :-
i) Penyata KWSP
ii) Penyata LHDN (Tax submission)
iii) Pengata Socso (jika ada)
iv) Rekod CCRIS (untuk menentukan komitment di dalam slip penyata gaji sama seperti rekod CCRIS jika berkenaan)
v) Pengesahan majikan

Ini akan di anggap sebagai kes penipuan terhadap bank, pemohon mungkin akan disenarai-hitamkan melalui senarai "Hotlist" atau "Persona Non-grata" (lebih di kenali sebagai "suspected fraudster").

Ini akan merendahkan peluang pemohon untuk membuat pinjaman di masa akan datang.

Pemohon Director / Business Owner
***********************************
Pemohon atas nama syarikat seperti Lembaga Pengarah (Director) atau "Business Owner" kepada sesebuah syarikat :-
i) Form 9 - Sijil Penubuhan Syarikat
ii) Form 13 - Sijil Pertukaran Nama Syarikat (jika ada)
iii) Memorandum and Article of Association (M&A)
iv) Form 24 yang terkini - "Shareholding"
v) Form 49 yang terkini - komposisi "Director, Managers and Sectetaries"
vi) Resolusi Lembaga Pengarah (Board Resolution)
vii) Latar belakang "Company's Director" dan profil pengurusan (Management profile)
viii) Penyata Akaun Semasa Syarikat (6 bulan yang terkini)

DSR - Pemohon Perniagaan akan dinilai berdasarkan kiraan "Net Operating Income" / "Total Loan Commitment"

Kebiasaannya, pemohon yang berstatus "Director" atau "business owner" akan di nilai berdasarkan kekuatan sesebuah syarikat. Misalnya dari segi :-
1) Syarikat "Public Listed" atau tidak
2) Jenis perniagaan syarikat
3) Latar belakang "Director" syarikat dan pemegang saham terbesar syarikat
4) Kekuatan aliran wang tunai syarikat
5) Reputasi syarikat untuk bertahan dalam dengan lebih lama di dalam sesebuah industri (Going Concern)
6) Penyata Akaun syarikat (Financial Statement / Audited Annual Report).

Pemohon Berisiko Tinggi (High Risk Applicant)
**********************************
Pemohon-pemohon "High Risk" :-
1. Pemohon yang berpendapatan di bawah RM3,000 dan mempunyai "personal loan" akan di anggap sebagai pemohon yang "high risk".
2. Pemohon yang tidak mempunyai rekod CCRIS atau rekod CCRIS kurang dari 2 tahun yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah
3. Pemohon yang berusia lebih 30 tahun tetapi tak pernah mempunyai rekod CCRIS
4. Pemohon yang muda (kecuali graduate) dari golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000, dengan pengalaman kerja kurang dari 1 tahun di syarikat kecil (small company/ business)
5. Selalu bertukar kerja (job hoppers) atau bertukar alamat kediaman
6. Pekerjaan yang "high risk" seperti pemandu, pekerja kilang, pembantu jualan, pekerja kilang atau pekerja restoran yang kurang pengalaman bekerja dan bergantung kepada overtime yang tinggi dan komisyen (high variable income)
7. Perniagaan / "self-employed" dari industri yang "high risk" seperti hiburan (entertainment), bermusim, industri yang "negative growth" (run-down business), perniagaan "aquaculture", perniagaan kitar semula atau perniagaan besi buruk.
8. Permohonan "Multiple" secara 3 kali atau lebih dalam masa 2 bulan atau mempunyai banyak kad kredit dengan penggunaan melebihi 70% dari had kredit (credit limit).
9. Banyak pertukaran lembaga pengarah syarikat atau pemegang saham utama syarikat dalam tempoh 2 tahun

Semoga bermanfaat.

Sekian, terima kasih.

Salam ukhwah,
Firdaus Pay - FP -

[Disclaimer : Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemahaman peribadi penulis, sesetengah informasi atau dokumen yang digunakan oleh sesebuah bank mungkin berbeza mengikut kriteria bank tersebut]

source artikel fb Firdaus Pay