Motivasi Tertipu

#TabungTipu

MADAH MOTIVASI SALAH

Kita selalu dengar motivasi betul ditempat yang salah oleh mereka yang nak sedut duit kita.

Mereka ini ada dua, sama ada pengusaha MLM atau Skim Cepat Miskin.

1. "Sampai bila nak makan gaji"?

Sampai mati pun tak mengapa, ia bukan dosa. Katakan pada mereka pendapatan terbahagi pada 3 iaitu gaji, pasif & pelaburan.

Semua orang kaya ada ketiga ini baru berjaya.

2. " Hidup mesti berani"

Memang kena berani tetapi bukan buat pinjaman peribadi dan beri pada mereka, kononnya modal berniaga MLM & Skim Cepat Kaya.

Itu bukan berani, itu bodoh tapi nak jadi menteri.

3. "Kita mesti jadi umat yang kaya"

Memang benar sahabat nabi ramai yang kaya tetapi bukan dengan money game dan tipu wang anda.

Mereka jual agama dan lebai mereka bagi orang percaya.

4. "Bangsa lain ramai dah berjaya"

Betul sebab mereka rajin dan bijak berniaga, mereka tak pakai kereta mewah, bergambar atas bumbung dan berlagak kaya.

Orang kaya hidup sederhana tidak melaram dengan kereta

5. "Bantu ibubapa pergi umrah dikampung"

Guna emosi ibubapa buat kita mudah cair, himpun duit dan hantar ibubapa bukan masuk MLM baru nak kaya.

Yang mudah cair biasanya tak pernah bantu ibubapa.

Bahasa motivasi mereka tinggi agar kita mudah tertipu bagi yang tiada ilmu.

Gegadis paling mudah cair dengar madah cinta ini, apatah lagi bila yang datang pandu ferarri.

#JanganMudahMakanMotivasiTipuIni

#Share lelaju agar ramai tak kena tipu

source artikel : fb azizul azli ahmad